Sejarah Pengumpulan dan Penulisan Hadis Sahih_Bukhari

Imam al-Bukhari telah mengembara secara meluas diseluruh empayar Abbasiyah semenjak berumur 16 tahun. Beliau telah mengumpulkan hadis-hadis yang boleh dipercayai. Imam Bukhari berkata,"Kami bersama-sama dengan Ishaq Ibn Rahwayh (gurunya) yang berkata, 'Sekiranyaengkau menyusun kitab riwayat-riwayat hanya sahih dari Rasulullah saw.'Cadangan ini kekal di dalam hati saya jadi saya mula menyusun Sahih". Imam al-Bukhari juga pernah bermimpi menghalau lalat dari Rasululah SAW. Daripada mimpi tersebut, beliau membuat kesimpulan bahawa dia akan menulis buku hadis dan mempertahankan sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana dia mempertahankan Rasulullah SAW daripada lalat di dalam mimpi beliau. [3]

Kitabsahih al –Bukhari merupakan tapisan daripada 600, 000 hadith yang dijalankan dalam masa 16 tahun. Imam Bukhari berkata " Saya telah menghafal 100,000 hadis sahih dan 200,00 hadis yang tidak sahih dan hadis-hadis yang ditulis didalam kitab saya telah dipilih daripada 600,000 hadis". [4] Dilihat dari gaya persembahan penulisan kitab ini, ia menunjukkan suatu susunan yang mantap dan mencakupisemua topik penting dan dasar dalam Islam yang meliputi ; Aqidah, Fiqh,Akhlak , Muamalat, Sirah,. Tafsir, Manaqib dan sebagainya.

Di setiap bandar yang Bukhari lawati, beribu-ribu orang akan berkumpul di masjid utama untuk mendengar beliau membaca hadis. Berkata al-Bukhari: "aku memasuki Syam, Mesir dan Jazirah dua kali, aku memasuki Basrah empat kali, Hijaz enam tahun, dan aku tidak dapat menghitung berapa kali aku masukdan keluar dari Baghdad dan Kufah untuk berjumpa ahli hadis[5].

Pada mulanya kitab Sahih al-Bukhari hanya ditulis tangan (tanpa cetakan) sehinggalah Maulana Ahmad Ali Saharanpuri رحمه الله تعالى juga adalah Muhadith yang pertama, bukan sahaja di India tetapi di dunia, telah berjaya menerbitkan Sahih Bukhari dalam bentuk cetakan. (Nota -  sebelum ini, semua makhtutat/manuskrip yang sedia ada dari sahih Bukhari adalah dalam bentuk tulisan tangan)[6]. Oleh itu, melalui usaha gigih beliaulah, versi cetakan Sahih Bukhari telah wujud di dunia ini bagi memudahkan penuntut ilmu hadis.Jilid pertama telah berjaya diterbitkan pada tahun 1851M dan jilid yang kedua telah berjaya diterbitkan pada tahun 1853M.

Usaha menyempurnakan cetakan Sahih al-Bukhari bukanlah kerja yang mudah, bahkan ianya melibatkan usaha pencarian salinan asal dari setiap makhtutat/manuskrip Sahih Al-Bukhari yang ada pada masa itu. Ianya memerlukan seorang yang betul-betul berkemahiran tinggi untuk melakukannya. Al-Muhadith Maulana Ahmad Ali Saharanpuri رحمه الله تعالى telah mengkaji makhtutat/manuskrip asal Sahih Al-Bukhari iaitu:

  1. Manuskrip Al-Imam Muhammad Saghani رحمه الله تعالى tokoh hadith pada abad 7 Hijrah - mendapat pengesahan secara langsung dari anak murid Imam Al-Bukhari رحمه الله تعالى iaitu Al-Imam Muhammad ibn Yusuf al-Firabri رحمه الله تعالى
  2. Manuskrip daripada gurunya iaitu Shah Muhammad Ishaq Muhadith Dehlawi رحمه الله تعالى yang merupakan koleksi simpanan warisan daripada Shah Waliyullah Dehlawi رحمه الله تعالى - salinan kepada manuskrip tokoh hadith Al-Imam Al-Hafiz Abdullah Bin Salim Al-Basri رحمه الله تعالى (abad 12 Hijrah)
  3. Manuskrip Al-Imam Sharaf Din Abu Hasan Ali Al-Yunini رحمه الله تعالى (tokoh hadis abad ke 8 Hijrah)

Selepas membuat perbandingan antara makhtutat/manuskrip lain tersebut, maka beliau telah menghasilkan makhtutat/manuskrip Sahih Al-Bukhari beliau sendiri.[6]

Rujukan

WikiPedia: Sahih_Bukhari http://hadith.al-islam.com/Display/Hier.asp?Doc=0&... http://www.binothaimeen.com/soft/moton/SaheehAlbok... http://www.binothaimeen.com/soft/moton/SaheehAlbok... http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml http://www.islamspirit.com/ebooks/click/go.php?id=... http://www.islamspirit.com/ebooks/ebooks_c_bok_005... http://lidwa.com/app http://www.sacred-texts.com/isl/bukhari/index.htm http://www.sahihalbukhari.com/sps/sbk/sahihalbukha... http://sautussolihin.blogspot.my/2011/08/ulum-hadi...